Khamis, 10 Jun 2010

HAK-HAK PENGGUNA.

Asal usul Hak-hak Pengguna.

Presiden
John F. Kennedy(gambar) telah memberi penakrifan pengguna semasa mem bentangkan usul perundangan bagi perlindungan penggunna kepada KongresAmerika Syarikat pada 15 Mac 1962. Beliau adalah ketua negara pertama yang mengiktiraf bahawa kita sebagai pengguna mempunyai hak. Kennedy telah mengemukakan empat hak pengguna iaitu:

  1. Hak mendapat keselamatan.
  2. Hak mendapat penerangan.
  3. Hak mendapat pilihan bagi pelbagai barangan dan perkhidmatan dengan harga yang patut.
  4. Hak mendapat pendengaran bagi menentukan kepentingan pengguna.
Consumer International telah menambah lagi empat hak pengguna iaitu:
  1. Hak mendapat ganti rugi.
  2. Hak mendapat keperluan asas.
  3. Hak mendapat pendidikan pengguna.
  4. Hak mendapat alam sekitar yang bersih dan selamat.




Sambutan Hari Pengguna.
  • Tanggal 15 Mac telah dipilih oleh Consumer International untuk meraikan Hari Hak Pengguna Sedunia.
  • Hari Hak Pengguna Sedunia pertama kali diraikan pada 15 Mac 1983.
  • Pengistiharan hak-hak kita sebagai pengguna dan perayaan Hari Hak Pengguna Sedunia telah menjadi penjana pergerakan pengguna di kebanyakan negara.
  • Negara kita, Malaysia turut menyambut hari pengguna iaitu pada 26 Julai pada setiap tahun.

Hak-Hak Pengguna.
Pengguna yang bertanggungjawab adalah pengguna yang menyedari hak-haknya sebagai pengguna dan bertindak dengan penuh bijaksana dan bertanggungjawab. Lapan hak pengguna yang perlu diketahui dan difahami ialah:

  • Hak untuk mendapatkan kesalamatan.
-Hak untuk dilindungi daripada barangan yang dipasarkan atau bekalan perkhidmatan yang membahayakan kesihatan dan kehidupan pengguna.

  • Hak untuk mendapatkan maklumat.
    -Hak untuk dilindungi daripada iklan atu label yang mengelirukan, tidak jujur atau menyeleweng dan hak untuk mendapatkan fakta dan maklumat yang diperlukan untuk membuat pilihan yang tepat.
  • Hak untuk membuat pilihan.
-Hak untuk membuat pilihan barangan dan perkhidmatan dengan harga perpatutan dan jaminan kualiti yang memuaskan.
  • Hak untuk bersuara.
-Pengguna berhak untuk menyuarakan pendapat secara individu atau berwakil supaya suara mereka didengari dan diambil kira dalam penggubalan dasar kerajaan. Pengguna juga berhak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati jika mendapat barangan yang tidak bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.

  • Hak untuk mendapat keperluan asas.
-Hak untuk mendapatkan keperluan dan perkhidmatan asas yang mencukupi seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan sanitasi.

  • Hak untuk mendapat ganti rugi.
-Hak untuk mendapatkan ganti rugi bagi gambaran yang tidak benar, barangan berkualiti rendah atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.

  • .Hak untuk mendapatkan pendidikan kepenggunaan.
-Hak untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan di dalam hal-hal kepenggunaan supaya menjadi pengguna yang berilmu dan bermaklumat.

  • Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat.
-Hak untuk hidup dan bekerja dalam persekitaran yang segar, tidak mengancam ataupun bahaya serta membolehkan hidup penuh dengan keselamatan dan keselesaan.

6 ulasan:

iskandar berkata...

bagus btol blog nie.siap ade sejarah penubuhan kepenggunaan.TAHNIAH!!!

Pengguna Lestari berkata...

Terima kasih. Saya menyampaikan apa yang telah saya perolehi semasa kedatangan pihak FOMCA ke sekolah saya. Pihak FOMCA telah menyampaikan pelbagai maklumat yang penting seperti hak-hak pengguna, sejarah Hari Pengguna Malaysia dan tempat untuk membuat aduan jika peniaga melanggar hak-hak pengguna.

pengguna tertipu berkata...

saya pernah gak kene tipu ngan peniaga.peniaga tersebut telah campur adukkan buah yang elok ngan buah yg x elok.saya cuba utk tukar dgn buah yg laen tp peniaga tu kata brg yg dah dibeli x boleh ditukar.tension betul saya waktu tu.rase nak tampar je muka peniaga tu.dah la tipu pembeli pastu x bagi tukar pulak.

Pengguna Lestari berkata...

Anda boleh menyalurkan rasa marah anda dengan memberitahu perkara tersebut kepada National Consumer Complaints Centre(NCCC). Anda boleh mendail di talian 03-78779000 atau menghantar e-mail anda ke nccc@nccc.org.my atau anda juga boleh melayari laman web NCCC di
www.nccc.org.my

pengguna tertipu berkata...

thank you for your information.saya akan membuat aduan tentang perkara ini.

Pengguna Lestari berkata...

Semoga hak kita sebagai pengguna terus terpelihara