Jumaat, 10 Jun 2011

DEFINISI PENGGUNA LESTARI.

Definisi Pengguna Lestari.

Definisi pengguna lestari bermaksud "menggunakan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan asas ke arah mencapai kualiti hidup yang lebih baik, pada masa yang sama meminimumkan penggunaan sumber asli, bahan toksik dan pengeluaran buangan dan bahan pencemar supaya tidak menggugat keperluan generasi akan datang".

Ciri-ciri Pengguna Lestari.
Amalan penggunaan lestari merupakan satu konsep yang amat mudah dan untuk dipraktikkan oleh golongan pengguna. Pengamalan ciri-ciri ini bukan sahaja dapat menyumbang ke arah persekitaran yang lebih sihat dan pengekalan kehijauan alam malah mampu menjimatkan perbelanjaan. Antara ciri-ciri utama amalan penggunaan lestari adalah:
  1. Menggalakkan perbelanjaan berhemat.
  2. Menjimatkan penggunaan sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti air, tenaga dan bahan bakar fosil.
  3. Menggunakan bahan-bahan yang tidak menyebabkan impak negetif terhadap alam sekitar.
  4. Menggunakan teknologi yang bersih dan mesra alam.

Amalan Pengguna Lestari.
  1. Membawa beg sendiri untuk mengisi barangan yang dibeli ketika membeli belah.
  2. Kumpulkan kertas yang telah digunakan dan dihantar ke pusat kitar semula.
  3. Elakkan daripada menggunakan bahan berasaskan polisterin kerana ia tidak boleh dibiodegradasikan.
  4. Beli tanaman keluaran tempatan.
  5. Gunakan lampu kalimantang kerana ia kurang penggunaan tenaga elektrik dan tahan empat kali lebih lama berbanding mentol lampu biasa.
  6. Kurangkan pembuangan sampah sarap dan jangan gunakan produk pakai buang seperti pinggan dan cawan kertas.
  7. Tutup televisyen, radio dan komputer apabila tidak digunakan.
  8. Elakkan membuka peti sejuk terlalu kerap kerana ia meningkatkan penggunaan elektrik.
  9. Menjimatkan penggunaan air yang sekali gus dapat menjimatkan juga penggunaan tenaga elektrik, kerana proses membekalkan air dan menyaringkan sisa kumbahan menggunakan tenaga elektrik yang banyak.

5 ulasan:

peminat_bola berkata...

banyak cara yg boleh dilakukan untuk jadi pengguna lestari.Tp ramai yang x nak buat.Contohnya bawak beg plastik gi supermarket,ramai x nak buat dgn alasan malu nak bawak beg plastik dpn orang ramai.

Tanpa Nama berkata...

pilihan kerajaan utk stopkan jualan mentol lampu biasa mmg pilihan yang bernas kerana disamping mencemarkan alam sekitar, tenaga elektrik yg digunakan mentol ini pun tinggi.

Pengguna Lestari berkata...

Kerajaan Selangor telah mengadakan kempen Hari Tanpa Beg Plastik Setiap Hari Sabtu. Apa yang saya tahu kempen tidak mendapat sepenuh kerjasama kerana masih ada pembeli yang sanggup membayar RM0.20 untuk mendapatkan beg plastik.

mali adriano berkata...

saya setuju ngan tanpa nama. lps saya tukar mentol dgn lampu kalimantang, bil elektrik saya makin kurang.

Pengguna Lestari berkata...

Betul tu mali. Malah lampu kalimantang lebih terang berbanding ngan mentol.